Mohamad bin Haji Hasan – Dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju

Sebaran :

https://scontent.fkul13-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-1/p200x200/129378443_3854422941235414_2493742378184657954_n.jpg?_nc_cat=104&ccb=2&_nc_sid=1eb0c7&_nc_ohc=HSwPfutZSQkAX8x4W9B&_nc_ht=scontent.fkul13-1.fna&tp=6&oh=4e2b834afa2fd54a4fe9d73760ee8a09&oe=5FFF5B9D

Telah 10 bulan berlalu semenjak UMNO menyokong pembentukan Kerajaan baru. Politik bangsa Melayu dan Malaysia terus berantakan.

Rakyat kebanyakan telah sangat bosan, muak dan jelik dengan pelbagai kenyataan, perlakuan dan pertembungan ahli politk bangsa Melayu terutamanya.

Semua ini tidak menguntungkan bangsa. Semua ini meletakkan kedudukan bangsa Melayu pada kedudukan yang lemah dan tanpa haluan yang jelas.

Mungkin yang diperlukan oleh bangsa Melayu bukan lagi gagasan. Tetapi pencerahan tentang jalan bagaimana bangsa Melayu itu akan jadi lebih baik dan maju.

Mungkin yang diperlukan oleh Malaysia itu bukan lagi perikatan politik demi perikatan politik. Tetapi dasar, idea dan kecerdikan baru untuk menjayakan Malaysia yang maju.

Hamka pernah berpesan, “Orang berakal hidup untuk masyarakatnya, bukan buat dirinya sendiri”. Malaysia sangat memerlukan mereka yang sebegini untuk tanahair ini.

Mungkin tiba masanya kita tutupkan riwayat lama, bukakan lembaran baru. Baik hentikan termenung gundah gulana kerana apalah gunanya lama terharu.

Akhirnya, cerita hari kemarin telah berlalu dan ceritanya sudah pun diceritakan. Hari ini, benih-benih baru tumbuh. Demikian juga Malaysia, ia perlukan benih dan inspirasi baru.

Dato Seri Utama

Mohamad bin Haji Hasan

**************

It has been 10 months since the formation of the new Government. Sadly, there seems to be no solution to both the Malaysian and Malay politics.

The continuous bickering have only further frustrated the people and as such, Malaysia’s leaders need to resolve their fickleness.

The people are also tired, fed up and sick of the various conflicts particularly coming from Malay politicians.

What the Malays need are not merely ideas but a clear vision on how they could further advance and prosper.

Malaysia would be better off without the formation of one political alliance after another. What the people need are new policies, ideas and ingenuity to make Malaysia prosperous.

Quoting Indonesian philosopher Hamka, “A wise person lives for his community and not for himself.” Malaysia is in great need of such individuals.

It is time we leave these uncertain histories behind and open the book on a new page. It is pointless to dwell on the past as the story has already been told.

Malaysia needs new seeds and a new inspiration for it to grow again.

Datuk Seri Utama

Mohamad bin Haji Hasan

Cabaran Tok Mat Hasan


Sebaran :

Leave a Reply