Kes Adib: Rakyat tuntut keadilan, tangkap pembunuh segera!

PEMBELA sekali desak Menteri KDN segera selesaikan kes Allahyarham

BANGI, 29 Rabiulakhir 1442H, Selasa – Kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sudah hampir genap dua tahun selepas tragedi rusuhan kuil di Subang Jaya, pada November 2018.

Bukan hanya segar di ingatan ahli keluarga dan sahabat, kematian Muhammad Adib masih kekal diingati rakyat Malaysia selagi mana pelaku insiden itu belum dihukum.

Justeru, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mengulangi desakannya terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin supaya segera menyelesaikan kes itu.

Naib Pengerusinya, Cikgu Izzat Johari berkata, sehingga kini rakyat masih menuntut bela atas kematian penjawat awam tersebut.



“Rakyat mahu tuntut bela atas kematian arwah Adib. Marilah kita berdoa agar arwah Adib mendapat pembelaan yang seadilnya.

“Kita mahu semua perusuh dan pembunuh ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kes Adib: Tak dapat perhatian kerajaan, tunggu PRU15 nanti!

Kenyataan Izzat itu turut disokong pengguna media sosial, yang rata-ratanya mahukan kerajaan segera menyelesaikan kes itu selagi masih berkuasa.

“Jangan apabila hilang kuasa baru nak berbunyi. Masa itu rakyat dah tak percaya,” tulis Amli Ghazali.



“Sudah lama rakyat bersabar menanti. Kami rakyat Malaysia tuntut keadilan ke atas arwah Adib. Perusuh dan penceroboh harus dijatuhkan hukuman setimpal. Nyawa di balas nyawa,” kata Mokhtaruddin Ahmad.

“Bila menteri nak huraikan bahasa politik yang keluar. Pusing belit,” kata Ayahanda Soros.

Semalam, Hamzah memberitahu Dewan Rakyat bahawa hasil siasatan terhadap penyebab kematian Muhammad Adib akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan segera dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.



Allahyarham Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

BN akan tuntut lanjutan moratorium sampai dapat – Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker