Boleh setuju untuk tidak terima vaksin, tapi jangan kempen – Menteri Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kepada mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan suntikan vaksin COVID-19 supaya tidak menjalankan kempen menolak suntikan tersebut.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini sebanyak 67 peratus responden bersetuju untuk mengambil vaksin COVID-19.



Sementara, sebanyak 17 peratus kajian secara dalam talian mendapati mereka tidak pasti untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

“(Selain itu), 16 peratus dalam kajian tersebut tidak setuju. Kita sudah menjalankan beberapa tindakan atau langkah-langkah untuk memastikan yang tidak pasti itu turn out to be pasti. Untuk itu dalam 67 peratus campur 17 peratus, bermakna kita ada 84 peratus masyarakat yang setuju menerima.

“Cuma saya nak ingatkan kepada mereka yang tidak bersetuju, jangan kempen tidak bersetuju kepada orang lain kerana ini menyalahi kaedah kerana bila anda kempen untuk tidak (bersetuju) kepada orang lain, ini akan menyebabkan macam-macam tohmahan atau perkara yang mungkin tak dapat (dilaksanakan) dan ia menyalahi Akta 342,” katanya dalam sesi bersama media di sini pada Rabu.

Kerajaan dijangka menerima vaksin Pfizer fasa pertama sebelum 26 Februari ini-Awani



Warga Emas Jadi Penerima Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker