Pasangan Remaja Di Dakwa Bercerai, Keluarga Pengantin Remaja Tertekan. Ini Respon Keluarga..

“Siapa yang tidak tertekan apabila rumah tangga yang baru dibina dikatakan sudah bercerai sedangkan anak dan menantu saya sedang bahagia,” kata Zalaha Hassan, ibu kepada pasangan pengantin remaja yang berkahwin hujung tahun lalu.

Zalaha, 57, berkata berita mengenai anaknya, Ahmad Faris Umar Alwi, 18, dan menantu, Nurin Irdina Mohd Muhizan, 16, yang didakwa sudah bercerai itu disiarkan sebuah saluran YouTube kira-kira seminggu selepas pasangan itu berumahtangga.



Beliau berkata, visual digunakan dalam saluran itu memaparkan gambar anak dan menantunya dalam persalinan pengantin seperti ditularkan ketika majlis perkahwinan mereka sebelum ini dengan mengambil ciapan Twitter milik pengacara televisyen popular, Fedtri Yahya yang mengatakan ‘baru dua minggu dah nak bercerai sebab baru rasa tak bersedia, duit katering pun tak habis bayar lagi’.

Katanya, pada hari sama berita itu tersebar, Zalaha terus menghubungi selebriti itu dan meminta penjelasan mengenainya.

“Fedtri memaklumkan tidak mengetahui apa-apa, sebaliknya ciapannya itu bersifat menyeluruh dan tidak merujuk kepada anak serta menantu saya, sebaliknya saluran YouTube terbabit mengambil kesempatan dengan mengambil ciapan dan meletakkan gambar pasangan pengantin itu.



“Tidak lama selepas itu, pihak saluran YouTube berkenaan menghubungi saya dan meminta maaf sebelum memadamkan video yang sudah tersebar dan ditonton lebih 100,000 penonton itu.

“Kami menganggap tindakan saluran itu tidak bertanggungjawab dan hanya bermotif ingin menarik pengikut saja sebab tidak lama selepas itu, satu video permohonan maaf disiarkan di saluran terbabit,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Zalaha berkata, enggan membiarkan perkara sama berlaku kepada orang lain dan pada masa sama ingin memberi pengajaran kepada saluran YouTube berkenaan, laporan polis dibuat pada 26 Januari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah.

 



Perkahwinan Ahmad Faris dan Nurin Irdina yang berusia 16 tahun, tular pada hujung tahun lalu kerana pasangan pengantin masih berusia muda. - Foto fail NSTP
Perkahwinan Ahmad Faris dan Nurin Irdina yang berusia 16 tahun, tular pada hujung tahun lalu kerana pasangan pengantin masih berusia muda. – Foto fail NSTP

 

Beliau berkata, laporan dibuat untuk mengambil tindakan saman sivil terhadap pemilik akaun YouTube berkenaan yang dianggap sengaja menyebarkan fitnah kepada mereka sekeluarga.

“Media sosial milik anak dan menantu saya bertalu-talu ‘diserang’ pertanyaan adakah perkara itu (perceraian) benar berlaku hingga menyebabkan mereka tertekan.

“Saya turut mengalami tekanan sama kerana tidak pernah berdepan perkara sebegini sehingga menjejaskan kesihatan,” katanya.



Sebelum itu, pasangan suami isteri terbabit bersama keluarga hadir ke Tetuan Hasif Kumar & Co untuk memfailkan saman sivil kepada saluran YouTube berkenaan.

Sementara itu, peguam kepada keluarga berkenaan, Muhammad Hasif Hassan berkata, saman sivil itu bertujuan memberikan pengajaran kepada pemilik saluran YouTube terbabit supaya tidak menyebarkan fitnah.

“Saluran itu juga perlu bertanggungjawab ke atas laporan yang berkait dengan anak guam yang sudah dimuat naik menerusi YouTube,” katanya.

Video perkahwinan menjadi viral di Tik Tok dengan lebih sejuta tontonan (VIDEO)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker