Takeoff maut ditembak

Takeoff maut ditembak

Houston: Penyanyi rap, Takeoff, 28, dari kumpulan trio, Migos meninggal dunia selepas ditembak di sebuah lorong di Houston, Texas, Amerika Syarikat, hari ini.

Insiden maut itu dilaporkan berpunca daripada permainan dadu dan Takeoff atau nama sebenarnya Kirshnik Khari Ball menghembuskan nafas terakhir di depan bapa saudaranya dan rakan anggota Migos, Quavo.



Ketika kejadian, penyanyi itu menghadiri satu parti tertutup di luar premis 810 Billiards & Bowling Houston sekitar awal pagi.

Polis mengesahkan terdapat satu kematian di lokasi tetapi tidak mendedahkan identiti mangsa. Seramai lebih 40 orang berada di lokasi sewaktu insiden terbabit.

Dilaporkan, imej dari lokasi itu menampakkan Takeoff terbaring kaku berlumuran darah dipercayai ditembak di bahagian kepala. Tembakan itu berlaku sejam selepas dia memuat naik satu hantaran di Instagram Story.

Ruangan komen hantaran terbarunya di Instagram juga dipenuhi emoji dan ucapan sedih berhubung pemergian penyanyi rap yang memiliki lebih lapan juta pengikut di laman sosial itu.



Migos ditubuhkan Takeoff pada 2008 yang dianggotainya bersama sepupunya Offset dan Quavo. Offset adalah suami kepada Cardi B.

Ketika kejadian, Offset tiada di lokasi kerana sedang meraikan Halloween bersama isteri dan anaknya.

Migos pernah tercalon dua kali dalam Anugerah Grammy dan melancarkan album pertama berjudul Rich Nation pada Jun 2015. Album terbabit pernah menduduki tangga ketiga dalam carta Album Rap Top Billboard. HM

Takeoff maut ditembak




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Takiyuddin bengang Khairuddin buka ‘rahsia’ PAS



Muhyiddin belum bertaubat, masih angkuh hanya mahu jadi PM – Mahathir

Kazar ‘Back-Up’ Anak, Puteri Sarah Minta Netizen ‘Bincangkan’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker