[VIDEO] ‘Pampers’ punca pengacara tular, mengaku tersasul depan kaca TV


© Provided by Projek MM Pengacara Muhammad Syairul Islam Basmullah mengakui tersasul ketika bersiaran secara langsung di kaca televisyen sebelum ini. — Foto ihsan Twitter/Syairul Islam

KUALA LUMPUR, 8 Feb — Petah berbicara merupakan antara kebolehan yang perlu dikuasai oleh seseorang yang ingin bergelar pengacara.

Bagaimana pun, tidak dinafikan kadang-kala boleh berlaku kesilapan yang tidak disengajakan seperti tersasul ketika bersiaran di hadapan penonton.

Hal itu yang berlaku kepada pengacara sebuah stesen televisyen apabila tersasul ketika bersiaran langsung.



Muhammad Syairul Islam Basmullah menerusi video dikongsikan di media sosial dilihat tersasul menyebut perkataan ‘pampers’ (lampin pakai buang) yang sepatutnya adalah ‘kampus’.

“Aduh sasul lagi. Hari itu rakaman, ini siaran langsung. Mereka yang hendak masuk kampus jangan terbawa lampin pakai buang adik pula,” katanya di Twitter.

Sebelum ini, tular di media sosial video menunjukkan Muhammad Syairul tersasul ketika mengendalikan sebuah program di kaca televisyen.

Video yang dimuatkan kelmarin ditonton lebih 294,000 kali dan diulang kicau sebanyak 7,300 kali di Twitter.



Terdahulu Muhammad Syairul berkata, insiden tersasul ketika mengendalikan rancangan pernah berlaku namun bernasib baik kerana ia dibuat dalam bentuk rakaman.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker