Covid-19 Belum Berakhir, Ebola pula muncul semula di Congo
BENI: Penyakit Ebola muncul semula di Republik Demokratik Congo.
Menteri Kesihatannya semalam berkata, pesakit baru itu, seorang wanita, meninggal dunia pada 3 Februari lalu selepas menunjukkan gejala Ebola, dua hari sebelumnya.
Wanita terbabit adalah isteri kepada seorang pesakit lelaki yang sudah sembuh daripada Ebola.
Tiga bulan lalu, pihak berkuasa mengumumkan negara itu bebas daripada gelombang penularan Ebola yang ke-11.
Virus Ebola pertama kali dikesan pada 1976 dekat Sungai Ebola dan telah meragut nyawa ribuan orang.
Kemunculan semula penyakit itu boleh menyulitkan lagi usaha untuk memerangi virus COVID-19 yang telah menjangkiti 23,600 orang dan meragut nyawa 681 orang di negara itu.
Kempen suntikan vaksin COVID-19 di negara itu dijadualkan bermula sebelum pertengahan tahun ini. – AGENSI