Mahu Cipta Kelainan, KFC Malaysia Bakal Perkenalkan Burger Daging Berasaskan Tumbuh-Tumbuhan
Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat teknologi pemprosesan makanan semakin berevolusi dengan penghasilan daging ayam, lembu dan kambing berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Terbaharu, KFC yang sememangnya popular dengan penawaran ayam buat julung-julung kalinya bakal menawarkan burger daging. Menariknya, sebagai usaha untuk menawarkan keunikan buat para pelanggan, KFC Malaysia memilih untuk tawarkan burger daging yang bakal dilancarkan menggunakan bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.
Menerusi gambar yang tertiris, KFC Malaysia dijangka bakal melancarkan menu istimewa ini pada 9 Februari ini. Burger daging yang dinamakan sebagai Zero Chicken Burger bakal diadun dan digabungkan bersama 11 jenis herba dan rempah ratus.
Kehadiran menu baharu yang menggunakan bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan daging ini secara tidak langsung memberi peluang buat golongan vegetarian atau yang tidak memakan daging mencuba menu istimewa ini.
Zero Chicken Burger sedia ditawarkan secara ala carte dengan harga RM12.99 manakala Zero Chicken Burger Combo hadir dengan harga RM15.99. Sama-sama kita nantikan kemunculannya pada 9 Februari 2021 ini.
[VIDEO] KFC China Mula Jual Ayam Goreng Guna ‘Food Truck’ Tanpa Pemandu