[VIDEO] KFC China Mula Jual Ayam Goreng Guna ‘Food Truck’ Tanpa Pemandu · MYKMU.NET

[VIDEO] KFC China Mula Jual Ayam Goreng Guna ‘Food Truck’ Tanpa Pemandu

Share

Konsep tempahan makanan Drive Thru bukanlah satu perkara asing bagi rakyat Malaysia. Hanya perlu pandu, memesan makanan, membuat bayaran dan bungkusnya untuk dibawa pulang.

Selangkah ke hadapan, KFC China pula melihat ada cara yang lebih baik untuk menjual produk makanan mereka di ‘jalanan’. Dengan teknologi 5G yang semakin meluas di China, trak mini tanpa pemandu (dikawal secara 5G) digunakan untuk menjual produk KFC di sekitar bandar Shanghai. Menarik, bukan?

Trak sajian ini merupakan hasil inovasi syarikat Neolix dan trak ini diperkasakan dengan sistem pemanduan autonomous tahap 4 dan dilengkapi sensor-sensor disekelilingnya bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Ia berfungsi dengan penggunaan tenaga bateri yang boleh membawanya sejauh 100km dengan kelajuan maksimum 50km/j. Pihak Neolix juga menjelaskan hanya 30 saat sahaja diperlukan untuk menggantikan bateri tanpa menggunakan sebarang peralatan.

201118-neolix-qr-payment

CARA UNTUK MEMBAYAR MAKANAN KFC MENGGUNAKAN KOD QR

Berbalik kepada cara trak sajian KFC ini beroperasi, anda cuma perlu berdiri berdekatan trak mini ini dan sensor-sensor akan bergerak balas untuk menghentikan pergerakan trak tersebut. Kemudian, pembayaran hanya boleh dibuat secara imbasan kod QR dan pintu akan dibuka untuk pelanggan mengambil sendiri makanan yang telah dibeli.

Trak kecil Neolix ini adalah kenderaan smart yang dilihat bakal digunakan secara meluas di seluruh dunia tidak lama lagi. Walaupun comel, tetapi ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. Mungkin KFC Malaysia akan jual ayam goreng seperti ini tidak lama lagi? TheVocket

Jualan Dapat Sambutan, Isteri Arwah Abam Berniaga Cempedak Goreng Demi Sara Keluarga

Leave a Reply