20 Kambing Ternakan Lemas

Daripada jumlah berkenaan, 12 mangsa adalah lelaki dewasa dan 12 wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki serta lima kanak-kanak perempuan.

Kejadian banjir berkenaan turut mencemaskan Ma’aror Amat, 70, yang menetap di kampung itu sejak 20 tahun lalu, sebelum bantuan tiba.

Menceritakan detik kejadian itu, beliau berkata kediaman yang didiami bersama lima ahli keluarganya ditenggelami air setinggi 0.3 meter dan beliau hanya menyedarinya pada pukul 3 pagi setelah dikejutkan oleh cucunya.

“Sebelum ini kejadian seperti ini pernah berlaku iaitu kira-kira 10 tahun dahulu. Saya ketika kejadian memang berasa amat cemas dan keluar mencari tempat tinggi, sementara menunggu bomba untuk dibawa ke tempat selamat,” katanya.

Bagi Azmi Zainal Abidin, 48, beliau turut mengalami kerugian yang dianggarkannya berjumlah kira-kira RM8,000 selepas semua kelengkapan rumah termasuk televisyen, perabot dan motosikal ditenggelami air setinggi dua meter, yang memenuhi kediamannya.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sembilan dalam kenyataan di sini memaklumkan selain kampung berkenaan, turut terjejas ialah tujuh kediaman di Kampung Orang Asli Langkap, Dangi, Jempol dan beberapa kawasan pejabat di Felda Bukit Rokan di daerah Tampin, akibat banjir kilat, namun tiada pemindahan mangsa dilakukan.

“Daripada pemantauan yang dilakukan, keadaan adalah terkawal dan air telah surut sepenuhnya di kawasan terlibat. Bagaimana pun di Jempol, paras air Sungai Jelai masih dalam keadaan tinggi ketika ini,” kata kenyataan itu.-BERNAMA

Lebih 25 ekor haiwan ternakan ’Kampong Boy’, ‘Mowgli Malaysia’ dijumpai mati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker