Jualan Dapat Sambutan, Isteri Arwah Abam Berniaga Cempedak Goreng Demi Sara Keluarga

Pada 10 Februari yang lalu, Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi, dipercayai akibat demam panas.

Pasti ada yang tertanya-tanya khabar isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah. Difahamkan, Hidayah kini berniaga kecil-kecilan dengan menjual cempedak goreng di Sabak Bernam, Selangor.

Menurut Hidayah, beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan itu bersama adik iparnya beberapa minggu lalu dan sebenarnya beliau memang berminat dalam bidang perniagaan.

Difahamkan, beliau tekad untuk berniaga demi mencari rezeki memandangkan anak tunggalnya iaitu Syed Uthman Hamzah kini sudah pun berusia setahun. Paling mengejutkan dan membuatkan beliau rasa syukur kerana sambutan yang diterima sangat menggalakkan.



Mana tidaknya, setiap kali beliau berniaga, jualan cempedak gorengnya itu cepat habis. Beliau juga meluahkan rasa syukur apabila tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan sehingga tidak menang tangan.

Semoga perniagaan Hidayah bertambah maju dan sentiasa dimurahkan rezeki. Adakah anda sudah mencuba air tangan Hidayah? Vocket

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker