[VIDEO] “Tak Boleh!!”- Atok Sempoi Kena Layan Cucu Ajak Berkhemah Dalam Rumah. “Sayang Punya Pasal…Layan Je la…Tok!! 😂

Bagi yang sudah bergelar datuk dan nenek, melayan cucu merupakan aktiviti wajib apabila berkumpul dengan anak beranak

Lebih-lebih lagi jika ianya merupakan cucu sulung, sudah pasti lagi seronok melayan telatah mereka yang comel dan banyak akal itu.

Senang cerita, atuk yang garang pun boleh cair dengan gelagat cucu kesayangan dan menurut saja permintaan mereka ada kalanya membuatkan pening kepala nak melayan.

Begitu juga dengan video yang tular di laman TikTok ini apabila seorang atuk pasrah melayan ragam cucunya yang mengajak berkhemah di dalam rumah.

Lihat video penuh di bawah:

Tak bagi Tok Wan balik sampai ajak duduk main sama-sama dalam khemah yang kecil

Menerusi video perkongsian daripada pengguna bernama Eylaa Mazlan, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan pada mulanya menarik tangan atuknya yang dipanggil Tok Wan untuk bermain bersama.

Dia kemudian memaksa si atuk untuk masuk ke dalam khemah mainannya kerana tak bagi Tok Wannya balik. Sayang cucu punya pasal, Tok Wan pun pasrah masuk ke dalam khemah kecil itu dan melayan karenah cucunya.

Apa yang lebih menghiburkan orang ramai adalah apabila ibunya berkata “Tok Wan nak balik”, tetapi si kecil itu berulang kali berkata “tak boleh!”.

“Atok ni walaupun garang dengan anak-anak, dengan cucu mesti kalah. Layankan je apa yang cucu nak” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sehingga kini telah mendapat 75.2K views, hampir 5K likes dan 191 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat atuk dan cucunya itu. Majoritinya berkata, atuk walau garang macam mana sekalipun, pasti akan kalah juga dengan cucu kesayangan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Alahai comel betul, sayang sangat dekat Tok Wan dia tu sampai tak bagi balik 😀 – Seismik

Leave a Reply