Pelakon The Sound Of Music meninggal dunia

HARTFORD, Connecticut – Aktor popular Hollywood, Christopher Plummer yang terkenal menerusi watak Kapten Von Trap dalam filem The Sound Of Music meninggal dunia di usia 91 tahun, lapor Badan Penyiaran British (BBC), pagi tadi.

Menurut laporan, Plummer dipercayai menghembuskan nafas terakhir sambil ditemani isterinya, Elaine Taylor di kediaman mereka di Connecticut, Amerika Syarikat.

Rakan baik dan bekas pengurus, Lou Pitt menyifatkan mendiang sebagai seorang anak seni yang luar biasa dan sangat menghormati kerjayanya sebagai pelakon.

Plummer dan Andrews bergandingan dalam filem pecah panggung, The Sound Of Music yang ditayangkan pada 1965. – Google

Sementara itu, aktres Julie Andrews yang bergandingan dengan Plummer dalam filem The Sound Of Music pada 1965 memberitahu beliau kehilangan seorang rakan baik dalam industri.

Selain The Sound Of Music, Plummer turut dikenali menerusi filem All The Money In The World, The Man Who Would Be King dan Knives Out. – Agensi

Sumber: DailyMail

Pelakon James Bond Sean Connery meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker