136 Cubaan ‘Hack MengHack’ Sepanjang Dua Hari, TMJ Buktikan IG Baginda Cukup Kebal Daripada Godaman

Sebut mengenai Tunku Ismail Idris atau lebih popular dengan gelaran Tengku Mahkota Johor (TMJ) pasti orang ramai seluruh Malaysia cukup mengenalinya. Berjaya membangunkan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim ke peringkat antarabangsa antara yang membuatkan TMJ disegani ramai.

Terbaharu melalui perkongsian di Instagram hrhcrownprinceofjohor, TMJ mendakwa terdapat pihak yang cuba menggodam Instagram baginda. Lebih serius, sebanyak 136 cubaan godam telah dibuat sepanjang dua hari ini.

photo6118663921335380821

SUMBER: INSTAGRAM HRHCROWNPRINCEOFJOHOR

Tidak hanya gagal digodam para hacker, TMJ turut memaparkan butiran penggodam yang menggunakan IP yang bertempat di Daqing, China. Selain itu, beberapa IP lain yang digunakan penggodam turut didedahkan bersama menerusi perkongsian di IG stories.

Berdasarkan apa yang dikongsikan di Instagram, penggodam berkenaan telah membuat ratusan percubaan dalam meneka password Instagram TMJ di mana setiap IP dibuat sebanyak empat percubaan.

photo6118663921335380820

SUMBER: INSTAGRAM HRHCROWNPRINCEOFJOHOR

photo6118663921335380819

Setakat artikel ditulis, Instagram TMJ yang kini mengumpul lebih 2.9 juta pengikut dilaporkan masih bebas daripada berada di tangan penggodam.-TheVocket

Sumber: INSTAGRAM HRHCROWNPRINCEOFJOHOR

‘Saya dah cakap’ – TMJ buka mulut setelah lama berdiam diri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker