Jade Anh Minta Maaf Pada Akim Dan Stacy Berpunca “Atas Kesilapan Komunikasi”

Selepas mencetuskan kekecohan semalam, model yang dikenali sebagai Jade Anh tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas membuat tuduhan melulu terhadap Akim Ahmad dan isterinya, Stacy Anam.

Menurut Jade, permohonan maaf tersebut dilakukan selepas mendapat nasihat daripada banyak pihak dan mengakui ciapannya berhubung isu tersebut seperti ingin memalukan isteri kepada vokalis Akim & The Majistret itu.

Bagaimanapun, Jade dalam ciapan permohonan maafnya itu masih enggan menyebut nama pasangan tersebut.

“Saya ingin membuat permohonan maaf secara rasmi kepada penyanyi itu dan isterinya. Disebabkan masalah komunikasi, saya menyangka perkara ini berpunca daripada masalah cemburu tetapi rupa-rupanya tidak.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini sekiranya ingin mengeluarkan sebarang kenyataan atau melakukan apa-apa bentuk perbuatan,” tulisnya dalam akaun Twitternya, @jadeyanh.

Malah, dia juga tidak menyangka isu yang berlaku pada tahun 2018 itu menjadi topik hangat dalam media sosial semalam.

“Sekali lagi, saya tiada niat untuk jadikannya sebagai isu besar. Jujurnya saya cuma ingin berkongsi tentang memori lucu dan pelik tetapi akhirnya tersebar dengan luas.

“Selain itu, saya juga tidak tahu tentang ulang tahun perkahwinan mereka dan tiada niat untuk mengganggu kehidupan pasangan tersebut,” katanya lagi.

Kosmo! semalam melaporkan Jade mencetuskan kekecohan dalam media sosial selepas mendedahkan babak lakonannya dalam muzik video Rampas telah dibuang kerana mendakwa Stacy cemburu.

Pendedahan tersebut seterusnya mendapat perhatian penyanyi lagu itu iaitu Akim dengan memberitahu suntingan dilakukan kerana jalan ceritanya tidak sesuai dengan lirik Rampas yang merupakan hasil penulisan Stacy. – K! ONLINE

8 Foto Menggoda Jade Anh, Lawa Gilerr….Wanita Yang Buatkan Akim ‘Naik Angin’ di Twitter..

Related Articles

One Comment

  1. aku punya pun boleh jadi tegang bila tengok
    takkan akim punya tak tegang?
    tak salah pun kalau betul stacy cemburu
    stacy nampak ok lagi
    tak perlu nak tegangkan atau betulkan apa2 alignment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker