Bekas Jaguh Angkat Berat Negara…Hidayat Kini Bergelar Pemandu Grab

BEKAS jaguh angkat berat negara, Muhammad Hidayat Hamidon, menceburi bidang luar daripada sukan yang diwakilinya hingga ke pentas antarabangsa.

“Walaupun sebelum 1998 saya telah mengecap kejayaan dalam sukan angkat berat, tetapi Sukan Komanwel merupakan paling tertinggi dalam karier saya,” katanya.



“Saya sekarang bergelar pemandu Grab. Itu yang saya mampu lakukan ketika ini. Sebelum penularan pandemik COVID-19, pendapatan agak konsisten namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia agak terjejas.

“Sejak kontrak saya selaku jurulatih skuad kebangsaan pada 2018 tidak diperbaharui, tiada perkhabaran daripada pihak persatuan mengenai perkembangan saya selepas pencapaian yang diraih oleh saya untuk negara sebelum ini.

“Namun terdapat beberapa rakan rapat, rakan media yang masih lagi bertanyakan khabar saya ketika ini.”



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker