Tiada khabar peruntukan berita buruk buat Ahli Parlimen pembangkang

Dua Ahli Parlimen mengkritik Putrajaya kerana mendiamkan diri berhubung peruntukan tahunan untuk kawasan Parlimen, malah mereka tidak tahu sama ada akan menerimanya tahun ini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye, kedua-duanya dari PKR, berkata mereka tidak dimaklumkan mengenai peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.

Mereka memberitahu FMT, mereka sepatutnya mendapat berita menjelang masa ini, jika amalan tahun lalu dikekalkan.

Chin berkata, pejabatnya sudah menghubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, gagal mendapat jawapan tegas.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh sudah melepaskan harapan untuk mendapat peruntukan itu dan memutuskan untuk melakukan pendanaan awam bagi meneruskan operasi pusat khidmatnya.

Beliau berjaya meraih RM53,000 dalam hanya 16 jam.

5 Ahli Parlimen UMNO hanya diberi peruntukan RM100,000 setahun – Zahid

Baru-baru ini, Presiden Umno yang juga Ahi Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa beliau hanya menerima RM100,000 untuk kawasan Parlimennya, jumlah sama yang diperuntukkan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sedangkan penyokong kerajaan yang lain menerima RM3.7 juta.

Chin berkata: “Saya sudah tanya Ahli Parlimen pembangkang lain dan mereka juga kata belum mendengar berita mengenai sebarang peruntukan.”

Lee berkata, pada masa lalu, Ahli Parlimen akan dimaklumkan mengenai peruntukan mereka menjelang Disember dan menerima peruntukan itu pada Januari.

“Sekarang sudah Februari dan masih tiada maklumat daripada kerajaan. Ia patut disegerakan, jika ada peruntukan.”

Chin berkata, peruntukan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, termasuk jumlah untuk operasi pusat khidmat mereka.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan mereka dikurangkan apabila Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan tahun lalu.

“Saya terpaksa menghentikan semua kakitangan saya tiada dana lagi. Tetapi kemudian, apabila kerajaan Selangor memberi sedikit dana kepada saya, saya mampu mengambil dua kakitangan.”

Yeoh dilaporkan turut menggesa ketelusan terhadap dana yang sepatutnya diperuntukkan kepada kawasan Parlimennya. Beliau ingin tahu siapa yang menerima dana dan bagaimana ia dibelanjakan.

Kira-kira 32 Ahli Parlimen daripada pelbagai parti menggesa Putrajaya memberikan jumlah sama kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti wakil rakyat kerajaan.

Dalam satu kenyataan bersama, mereka berkata, ini akan membolehkan mereka memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan mereka yang pendapatan terjejas akibat Covid 19.

Mereka berkata, pengundi di kawasan pembangkang nampaknya dihukum kerana melaksanakan hak demokrasi mereka.

Untuk rekod, di bawah pentadbiran PH, Ahli Parlimen pembangkang turut mengadu mereka menerima peruntukan kurang daripada penyokong kerajaan. Ini menyebabkan Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago menggesa layan sama diberikan kepada semua Ahli Parlimen-FMT

https://mykmu.net/2018/04/24/apa-nak-takut-kritik-dap/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker