Lee Chong Wei sumbang 50 tablet untuk pelajar kurang berkemampuan

LEGENDA badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei bakal menyumbangkan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam.

Perkata itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

 



Menurut Steven, hasrat itu disuarakan Chong Wei menerusi satu panggilan telefon pada Khamis sejurus selepas beliau mendapat tahu mengenai program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” yang dijalankan Ahli Parlimen itu.

“Wira kita datang menyelamat! Semalam Chong Wei telefon saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah. Kami sempat berbual-bual tentang keluarga masing-masing, kesihatan dan sektor sukan negara.

“Berita baik daripada wira kesayangan kita: Chong Wei akan taja 50 buah tablet Samsung Tab A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!

“Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. Kam siah (terima kasih)!” tulis Steven.



 

 

Sumber Facebook scheekeong

 

Difahamkan, tablet itu akan diserahkan kepada keluarga yang tidak berkemampuan bagi kegunaan pembelajaran dalam talian.



Program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” itu dilancarkan pada 24 Januari lalu bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Program itu menawarkan bantuan seperti perkhidmatan fotokopi kerja rumah percuma, tambah nilai data internet, kelas bimbingan dalam talian percuma, program anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan komputer riba percuma.

Chong Wei beri sumbangan kepada masjid



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker