Adakah peniaga pasar malam lebih patuh SOP? bos Mydin tanya Putrajaya


Seorang taikun peruncitan terkemuka menggesa Putrajaya lebih rasional dalam menentukan perniagaan yang dibenarkan beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan.

Pengarah urusan rangkaian pasar raya besar Mydin, Ameer Ali Mydin, berkata peruncit tidak memahami keputusan terbaru kerajaan.

“Adakah kerajaan mengatakan peruncit di pusat beli-belah tidak mampu mematuhi SOP ketat hingga kedai pakaian, beg tangan dan kasut tidak boleh dibuka.

“Dan peniaga pasar malam pula lebih baik dalam mematuhi SOP?” soalnya.

Beliau menggesa kerajaan bersikap lebih rasional dalam menentukan perniagaan yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP.

Kenyataan itu menyusul pengumuman Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob petang tadi yang pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat mencuci kereta dibenarkan beroperasi mulai esok.

Ameer berkata, industri peruncitan mengambil sekitar 400,000 pekerja dengan kesan berganda yang sangat besar terhadap ekonomi.

Katanya, industri peruncitan juga ada “mulut yang perlu diberi makan dan pihak bank untuk ditenangkan”.

“Jadi tolonglah buat keputusan yang masuk akal untuk kami, orang awam di sektor perniagaan ini.” FMT

Bos Mydin mahu gaji pegawai awam dipotong, turut pikul beban Covid-19

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker