Rojo tinggalkan United sertai ke Boca Juniors

Kelab gergasi Argentina, Boca Juniors turut mengumumkan perpindahan Marcos Rojo daripada Manchester United. – Foto ihsan Twitter Boca Juniors.

LONDON: Pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo menyertai kelab gergasi Argentina, Boca Juniors, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hari ini, tanpa menyatakan jumlah bayaran perpindahan.

Pemain berusia 30 tahun itu kembali ke negara kelahirannya secara perpindahan tetap selepas bersetuju menerima terma perjanjian dengan kelab penyandang juara berkenaan.

Rojo menghabiskan sebahagian daripada musim lalu secara pinjaman dengan kelab pertamanya, Estudiantes sebelum kembali ke United meskipun aksi terakhirnya bersama skuad The Red Devils adalah pada November 2019.

Messi ketuai 7 perpindahan mega?

Pemain antarabangsa Argentina itu yang tiba di Old Trafford daripada Sporting Lisbon pada 2014, berjaya memenangi Piala FA, Piala Liga dan Liga Europa sepanjang bersama United.

Secara keseluruhannya, Rojo melakukan 122 penampilan bersama United dan menjaringkan dua gol.

“Kami ingin merakamkan terima kasih kepada Marcos Rojo sepanjang bersama United dan mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau,” kata United menerusi akaun Twitter kelab.

– AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker