Dikecam ‘Kardashian Kelantan’, Terburu-Buru Berniqad – Neelofa Dah Lali



Sebaran :

Pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa telah dilabel ‘Kardashian Kelantan’ gara-gara gaya berniqab nampak dahi yang dimuat naik di laman Instgram miliknya baru-baru ini. Neelofa bagaimanapun tidak hairan dengan kecaman netizen.

Tidak cukup itu, keputusannya berniqab, Oktober lalu, didakwa diambil terburu-buru kerana menjalin hubungan dengan pendakwah bebas, Pencetus Umaah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail yang juga tunangnya.

Lebih sedekad mengabdikan diri dalam dunia seni, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menganggap dirinya sudah kalis kecaman termasuk yang dilemparkan terhadap keluarganya.



“Kecaman sudah sinonim dengan diri saya. Selama 10 tahun saya berdepan dengan pelbagai tohmahan namun, tidak memberi kesan kepada saya. Orang hendak labelkan saya ‘Kardashian’ atau apa sahaja… Ia tidak memberi kesan kepada kami.

“Alhamdulillah, keluarga saya juga tidak fokus terhadap kecaman dan kata-kata orang. Sebagai ‘public figure’, saya banyak menasihati dan memberi pendapat kepada keluarga bagaimana berdepan tohmahan. Ternyata mereka sudah dapat menyesuaikan diri dan faham,” katanya.

 

Image_2.jpg

Mengenai pemakaian niqab yang dipersoalkan apabila dikatakan semakin berani mendedahkan bahagian dahi dengan memakai tudung jenis bawal, ini jawab Neelofa:



“Saya akan pakai apa yang saya rasa selesa. Jika hari ini, saya rasa hendak berniqab, saya akan pakai. Kalau esoknya, saya rasa hendak berpurdah, itu hak saya. Saya tidak terkesan atau perlu mengikut kehendak netizen. Mungkin kerana sudah semakin matang dan lama dalam industri, saya lebih tenang berdepan apa saja tohmahan,” ujarnya.

Neelofa bagaimanapun mengaku kecaman diterimanya dahulu lebih teruk berbanding sekarang: “Sekarang, orang hendak kata apa, biarlah… Saya lebih tenang kerana tahu bagaimana hendak menangani emosi dan mental,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Neelofa terharu menerima banyak tawaran mengendalikan program televisyen (TV) pada waktu perdana, biarpun kini tampil dengan imej berniqab.



Image_3.jpg

Neelofa tidak sangka imej baharunya mendapat reaksi positif stesen TV. Namun, Neelofa terpaksa menimbangkannya kerana enggan muncul di TV tanpa pengisian kukuh.

“Banyak tawaran yang saya terima untuk mengendalikan program TV. Saya terkejut kerana wanita berniqab seperti saya ditawarkan mengendalikan program untuk stesen premium pada waktu perdana.

“Sepatutnya, komitmen saya pada November dan Disember lalu. Namun, keadaan tidak mengizinkan kerana ada beberapa perkara perlu diselesaikan.



“Jika bersedia menerima tawaran itu, saya tidak mahu pergi kosong. Sebaliknya, biarlah saya fokus kepada pengisian dan menimba ilmu terlebih dulu,” tuturnya.

Ditanya mengenai pembabitannya dalam dunia hiburan, Neelofa menjelaskan, buat sementara waktu, dia mahu menghentikan aktiviti seni dan tidak terfikir untuk kembali berlakon.

 


Sebaran :


Leave a Reply