Video : Rebut kawasan jual dadah punca pergaduhan 2 kumpulan di Cheras – KJSJ


Polis menahan 10 orang menerusi Ops Cantas yang dilakukan berikutan pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Taman Juara Jaya, Batu 9, Cheras semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, motif pergaduhan yang mengakibatkan dua orang cedera parah adalah kerana perebutan kawasan penjualan dadah di antara Geng 08 Sg Besi Indah di Serdang dengan Geng 36 Bukit Belimbing di Kajang.

“Motif kejadian adalah perebutan kawasan penjualan dadah antara Geng 08 Sg Besi Indah, Serdang yang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki bangsa India dengann panggilan Sara 08 Sg Besi Indah bersama orang kanannya dikenali sebagai Rajie 5000.

“Manakala satu pihak lagi Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang yang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki India dgn panggilan Tan, seorang lelaki bangsa campuran India dan Cina,” katanya menerusi kenyataan.

Pergaduhan dua kumpulan berkenaan dilaporkan berlaku pada jam 6.37 petang apabila Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima panggilan kecemasan berkaitan kes pergaduhan sekumpulan lelaki di kawasan perumahan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen148 Kanun Keseksaan.

Tambah Fadzil, beberapa individu telah dikenalpasti oleh JSJ Selangor untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan balai yang berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu ASP Mohd Radzee bin Jamudi di talian 019-6655811.

Terdahulu awal pagi hari ini, empat suspek lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan berkenaan telah ditahan.

Jumlah suspek terkini yang telah ditahan adalah 14. MG

Leave a Reply