Rashid Sidek, Cheah Soon Kit Dapat Gelaran Datuk

Sumbangan pemain badminton negara terus mendapat pengiktirafan apabila dua wira yang membawa Malaysia merangkul Piala Thomas 1992, Rashid Sidek dan Cheah Soon Kit menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Rashid, 53, yang juga pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Soon Kit, 53, yang meraih perak beregu lelaki bersama Yap Kim Hock dalam temasya sama antara 81 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Perkara itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam sidang media hari ini.

Tarikh Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 bagaimanapun belum diputuskan kerana mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19 dan akan dimaklumkan kepada penerima kelak.

“Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021 adalah bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

“Ia diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan dan mengurniakan kepada mereka yang berjasa kepada Wilayah Persekutuan dan negara secara amnya,” kata Annuar.

Turut meraih PMW ialah Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Jaguh yang dilupakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker