Kereta bertembung bas ekspres, suami isteri maut

Kereta bertembung bas ekspres, suami isteri maut

KUALA TERENGGANU: Sepasang suami isteri maut manakala anak perempuan mereka cedera selepas kereta dinaiki keluarga berkenaan bertembung dengan sebuah bas ekspres di KM21, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di Sungai Ikan, dekat sini tengah hari tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, dalam kejadian pada 12.45 tengah hari itu, pemandu Perodua Myvi, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan isterinya, Siti Faridaf Ahmad, 46, yang berada di tempat duduk belakang, meninggal dunia di lokasi kejadian.



Sementara itu, anak pasangan itu, Che Ku Batrisya, 18, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, pemandu bas ekspres berusia 51 tahun serta lapan penumpang bas mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika bas ekspres yang membawa seorang kelindan dan 27 penumpang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba ditempat kejadian, kereta dipandu Che Ku Yusoff Ali dari arah Kuala Terengganu menghala ke Felda Belara di sini, memasuki laluan bas ekspres dan jarak yang dekat menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, mayat suami isteri itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



Wan Mohd Zaki berkata, anak pasangan itu dan pemandu bas ekspres kini berada di HSNZ untuk menerima rawatan manakala penumpang bas yang cedera dibawa Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut. FMT

Kereta bertembung bas ekspres, suami isteri maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker