Suspek kes bunuh 21 tahun lalu ditahan

Beijing: Polis di Liaoning, wilayah timur laut China berjaya mengesan seorang suspek kes bunuh yang berlaku 21 tahun lalu.

Ia selepas lelaki terbabit enggan memberikan butiran peribadinya ketika menjalani ujian saringan besar-besaran bagi mengekang penularan Covid-19.

Global Times melaporkan pada mulanya, pihak berkuasa mengarahkan penduduk wilayah terbabit menjalani ujian berkenaan susulan peningkatan kes baharu virus itu.

Ketika ujian dilaksanakan, seorang lelaki enggan memberikan butiran peribadinya kepada petugas.

Curiga dengan tingkah laku individu terbabit, sukarelawan bertugas melaporkan insiden itu kepada polis tempatan.

Lelaki itu kemudian disoal siasat sebelum polis mengesahkan dia adalah suspek kes bunuh di wilayah Jilin, 21 tahun lalu.

Pada kejadian berkenaan, lelaki terbabit dikatakan membunuh rakan sekelasnya dan mengebumikan mayat mangsa .

Sejak itu, lelaki itu disenaraikan sebagai individu paling dikehendaki oleh polis di wilayah Jilin.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa lelaki itu sudah mengakui terbabit dalam kes bunuh berkenaan.

Kes itu kemudian diserahkan kepada Polis Jilinuntuk tindakan lanjut.

Leave a Reply