Bapa cemas dua anak terperangkap dalam kereta

Credit : FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor

30/01/2021 10:42 PM

JOHOR BAHRU, 30 Jan — Seorang bapa berdepan detik cemas apabila dua anak perempuannya terperangkap di dalam kereta yang diletak di hadapan sebuah kedai di Jalan Pulai Perdana, Taman Pulai Perdana, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Riduan Akhyar berkata seramai 10 anggota bersama satu jentera digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 5.37 petang.

Beliau berkata bapa berumur lingkungan 40-an itu difahamkan meninggalkan kedua-dua anaknya yang berumur lima dan enam tahun terbabit di dalam kenderaan pacuan empat roda itu untuk ke tandas.

“Menurut bapa terbabit, dia telah meminta seorang daripada anaknya mengunci kereta sebelum dia meninggalkan mereka.

“Menurut bapa itu lagi seorang daripada anaknya juga pandai membuka pintu kereta tetapi sebaik kembali ke kenderaan dia mendapati kedua-dua anaknya tertidur,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Riduan berkata sebaik sahaja pihak bomba memulakan operasi untuk membuka pintu kenderaan dengan menggunakan peralatan khas, seorang daripada kanak-kanak terbabit tersedar lalu terus membuka pintu.

Beliau berkata kedua kanak-kanak itu diserahkan kepada bapa mereka dalam keadaan selamat dan operasi terbabit tamat pada 5.56 petang.

— BERNAMA

Bayi terperangkap dalam kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker