Mesej SOP ketat adalah palsu -KKM
PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan menegaskan mesej tular dalam dalam media sosial konon mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat bermula 4 Februari ini adalah palsu.
Justeru, orang ramai diminta berhati-hati dan tidak menyebarkannya.
“Kandungan (mesej) WhatsApp yang sedang tular di aplikasi berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Mohon untuk anda semua tidak menyebarkannya,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.
.
Mesej yang tular itu kononnya menggariskan 52 larangan dan SOP yang perlu dipatuhi oleh orang ramai untuk tempoh enam bulan bermula Februari ini.
Antara larangan yang dikeluarkan ialah setiap kereta hanya boleh dinaiki seorang sahaja dalam kadar 10 kilometer, tiada pasar malam, tidak boleh makan di restoran, 50 orang sahaja dibenarkan untuk memasuki pasar raya dan tidak boleh keluar rumah selepas jam 8 malam.
You must be logged in to post a comment.