Nakhoda Yang Terlajak


Baru baru ini dia buat posting, “tugas nakhoda sebuah parti ialah bawa kepada kejayaan bukan menghancurkannya”. Fahamlah kita.

Sebagai Menteri dia adalah nakhoda Wilayah Persekutuan. Tetapi kalau nakhoda gagal patuhi SOP PKP masa berjogging, sudah tentu dia akan gagal membawa kejayaan untuk memerangi COVID-19.

Dia jelaskan, mereka datang dari berbagai arah kemudian bertembung secara tidak sengaja. Masalahnya kenapa terus jalan bersama dan ambil gambar untuk diviralkan? Semua tahu mereka itu jiran bersebelahan.

Dalam SOP PKP, tidak kira kamu datang dari arah mana. Bila bertembung, terus jalan ikut arah masing masing. Macam take away di restoren. Beli dan belah.

Dalam politik memang ok kalau datang dari berbagai arah. Bila bertembung boleh kowtim asalkan dapat faedah untuk diri sendiri. Sebab itu arahan nakhoda diengkari.

Rasanya Menteri tidak tahu SOP berjogging. Memang boleh tetapi tidak boleh lebih dari dua orang. Jawapan Menteri amat lemah. Tapi tidak boleh suruh Tun Faisal jawab. Nanti dia kaitkan dengan “No Anwar No DAP” pula.

Apa pun selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan esok. Semoga nakhoda bawa keluar WP daripada zon merah.

Puad Zarkashi

Leave a Reply