Pochettino yakin Mbappe terus kekal di PSG

 

LONDON: Mauricio Pochettino yakin Kylian Mbappe akan kekal bersama Paris Saint-Germain (PSG) untuk tempoh ‘beberapa tahun akan datang’.

Pochettino, 48, kembali menjadi pengurus awal bulan ini apabila menyertai kelab gergasi Perancis itu dan memenangi empat dari lima perlawanan pertamanya.

Walaupun kontrak Mbappe tidak menentu selain laporan menunjukkan PSG bakal menjualnya ke Real Madrid atau Liverpool, Pochettino yakin dapat mempertahankan bintang utamanya itu.

Dia berkata: “Ada banyak khabar angin, tetapi saya fikir dia akan berada di PSG untuk beberapa tahun akan datang, dan itulah harapan kelab.

Tiga bintang PSG positif COVID-19, Neymar dipercayai salah seorang

“Kami bergantung padanya sepanjang berada di sini. Memang benar dia harus membuat keputusan (mengenai masa depannya), tetapi dia nampak gembira dan sangat komited untuk projek ini.”

Mengulas mengenai kualiti Mbappe, Pochettino berkata: “Siapa yang tidak menyukai Kylian? Kami saling bercakap antara satu sama lain.

“Dia membuat dirinya disayangi, dengan senyuman, wajah dan tenaganya. Pada usia 19 tahun, dia adalah juara dunia (dengan Perancis), perkara mengagumkan terjadi padanya. Malah dia istimewa dan berbeza.”

– AGENSI

Messi ketuai 7 perpindahan mega?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker