Pemuda Umno PJ beri khidmat sanitasi percuma, bantu sekat penularan Covid-19

 

PETALING JAYA: Pemuda Umno Petaling Jaya tampil membantu usaha kerajaan mencegah penularan Covid-19 dengan mengadakan program sanitasi percuma dan menawarkan subsidi kepada penduduk di Selangor bagi menjalani ujian swab.

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail berkata, mereka menawarkan khidmat percuma itu bagi lebih 1,000 rumah di Block 11, Desa Mentari 3 kerana taman perumahan itu berada dalam zon merah Covid-19.



“Dengan usaha ini, kita dapat mencegah dan mengurangkan penularan Covid-19, di samping mengurangkan beban petugas barisan hadapan,” katanya selepas Operasi Sanitasi Komuniti anjuran Pemuda Umno Petaling Jaya.

Beliau berkata, pihaknya terpanggil untuk melakukan program ini berikutan penularan Covid-19 di Selangor yang bertambah secara mendadak sejak semalam.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 5,725 kes baharu Covid-19 dengan 16 kematian dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 3,126 kes, diikuti Kuala Lumpur (687), Johor (684) dan negeri lain.



Dalam pada itu, Rizam berkata, penduduk di Petaling Jaya boleh ke Pejabat Umno bahagian itu dan mendapatkan subsidi bagi ujian berkenaan.

“Kita sama-sama doakan agar Covid-19 segera hilang.”

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya, Azlan Abu Bakar berkata, ramai yang bimbang dengan peningkatan kes Covid-19 di Selangor.

“Dengan program sebegini, kita dapat bantu barisan hadapan kita dan mengharapkan lebih ramai sukarelawan bersama memainkan peranan supaya rantaian Covid-19 dapat diputuskan.”



DBKL, bomba jalan operasi sanitasi awam di ibu negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker