Matta: Sektor pelancongan merosot, kerajan masih dengan sikap ‘tahu semua’


Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menyatakan rasa kesal dengan mentaliti “kerajaan tahu semua” yang masih berterusan di saat sektor pelancongan di negara ini kian membimbangkan.

Presiden Matta, Tan Kok Liang berkata sektor pelancongan negara sudah pun dalam kemerosotan sebelum penularan wabak Covid-19.

“Umum mengetahui pertumbuhan sektor pelancongan di negara-negara Asean jauh lebih tinggi sedangkan kedatangan pelancong antarabangsa ke Malaysia menurun sejak 2014,” katanya.

Berbanding membuat libat urus dengan pihak berkepentingan, Tan berkata kerajaan pada 2017 menyingkirkan “suara-suara tidak bersetuju” daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.



“Presiden terdahulu Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan Matta ‘disingkirkan’ daripada Lembaga Pelancongan Malaysia kerana menyuarakan pendapat industri sebelum pelaksanaan Cukai Pelancongan pada 2017.

“Kedua-dua persatuan ini tidak mempunyai wakil sejak itu,” katanya.

Bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mirza Mohammad Taiyab juga telah menyatakan kebimbangannya terhadap sektor pelancongan di Malaysia dan meminta Matta dan MAH dimasukkan semula ke dalam Lembaga Pelancongan Malaysia.

Tan menyifatkan pandangan Mirza sebagai membina dan tepat pada masanya.



Tan juga menyatakan kebimbangannya mengenai Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 (DPN) terbaru kerajaan yang dilancarkan pada 23 Disember tahun lalu.

“Malangnya, era ‘kerajaan tahu semua masih wujud,” katanya.

Menurutnya, DPN tidak menangani kekangan perjalanan berdasarkan norma baru Covid-19 mahupun menyediakan penyelesaian untuk menghidupkan kembali industri setelah wabak.

Katanya lagi, perjalanan domestik, yang sangat penting dalam pemulihan industri pelancongan, juga tidak dimasukkan dalam dasar tersebut.



“Dalam perangkaan DPN, tiada rundingan formal dan menyeluruh dengan pemain industri utama seperti Matta,” katanya. Mk

Pakej rangsangan gagal tangani isu berkait pekerja, kata Matta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker