Amerika kutuk serangan Rusia ke atas Ukraine

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengutuk serangan tidak wajar yang dilancarkan tentera Rusia ke atas Ukraine pada awal pagi Khamis.

Biden dalam satu kenyataan berkata, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memilih perang yang dirancang terlebih dahulu sehingga akan memberikan kerugian besar terhadap nyawa dan penderitaan manusia.

Menurutnya, Rusia bertanggungjawab terhadap kematian dan kemusnahan yang ekoran serangan tersebut.



Beliau berkata, AS dan sekutu-sekutunya akan bersatu untuk bertindak balas terhadap tindakan Rusia itu.

Biden menyatakan demikian selepas beberapa letupan kedengaran dekat beberapa bandar raya Ukraine selepas Putin menyatakan tentera Rusia melancarkan operasi ketenteraan di negara berkenaan. -Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker