Suhaimi Saad Bengang Dituduh Guna Duit i-Sinar Isteri Buat Lagu
Umum mengetahui baru-baru ini bekas penyanyi kumpulan nasyid, Suhaimi Saad memalumkan dia bakal muncul dengan sebuah album bersama isterinya, Ina Naim bersama anak-anak mereka.
Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kritikan netizen malah ada yang mendakwa dia menggunakan wang daripada i-Sinar milik isterinya dalam pembikinnan lagu.
Tidak hanya setakat itu, individu berkenaan juga turut membangkitkan isu penyanyi itu yang tidak membenarkan anak-anak untuk bersekolah.
Dalam pada itu, Suhaimi turut memberi amaran kepada individu tersebut yang dianggap ingin menumpan popularitinya serta bertanyakan adakah mahu dikenakan tindakan undang-undang.
Terdahulu, Suhaimi berkata album berkenaan sudah boleh ditempah awal kerana ianya terhad dan eksklusif. Menurutnya, album tersebut mengandungi 10 lagu termasuk sebuah zikir itu akan dijual pada harga RM30 berserta caj penghantaran-RK