Pinjam duit isteri untuk kahwin lain
ABU DHABI – Seorang wanita mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya yang menggunakan dirinya membuat pinjaman wang kerana mahu berkahwin lain, lapor satu media tempatan.
Kes tersebut berlaku di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) apabila si suami menipu isterinya supaya mengambil pinjaman peribadi berjumlah 120,000 Riyal (RM129,370) dengan alasan dia mahu membayar hutang.
SEORANG lelaki di UAE meminta isterinya membuat pinjaman peribadi untuk menanggung kos perkahwinan baharunya. – GulfNews
Niat sebenar lelaki itu terbongkar apabila salah seorang saudaranya membocorkan perkara itu kepada isterinya, tidak lama kemudian.
Lelaki itu pada mulanya menafikan perkara itu namun mengaku akan berkahwin lain tidak lama lagi.
Apabila isteri meminta lelaki itu membayar semula wang yang dipinjamnya, dia menolak dan membuatkan wanita itu membawa kes tersebut ke mahkamah, lapor portal Al Watan.
“Pembatalan perkahwinan adalah hak kedua pasangan dan isteri boleh mengajukan kes pembatalan jika syarat-syarat tertentu dipenuhi.
“Jadi, dia boleh mengajukan tuntutan ke Mahkamah Status Peribadi bagi kes ini jika benar-benar mahu mengakhiri perkahwinan mereka,” kata peguam, Assem Al Mulla. – Agensi
You must be logged in to post a comment.