[VIDEO] “Siap Gigit Mikrofon tu..” – Nyanyian DIVA Ini Di Majlis Perkahwinan Buat Ramai Dekah Netizen

Menjemput artis atau penyanyi profesional untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan sudah menjadi trend sejak dulu lagi

Ianya bertujuan untuk memeriahkan lagi majlis pasangan raja sehari dan meninggalkan kenangan terindah buat mereka.

Namun lain pula yang terjadi kepada pasangan pengantin baru ini apabila tular mengenai seorang individu yang membuat persembahan di majlis perkahwinan mereka telah mencuri perhatian ramai.



Lihat perkongsian video daripada seorang pengguna di Twitter itu di bawah:

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=6ebcOiHXcWU[/embedyt]

Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu, kelihatan individu tersebut sedang menyanyikan sebuah lagu popular daripada penyanyi terkenal Indonesia iaitu Rossa bertajuk Hati Yang Kau Sakiti.



Namun, apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila dia rupa-rupanya hanya miming lagu itu dan siap membuat aksinya yang dikatakan over.

Dia yang pada awalnya hanya menyanyi seperti biasa di atas pelamin kemudiannya tiba-tiba melompat ke bawah dan beraksi di depan tetamu yang hadir.

Apa yang lebih menghiburkan adalah dia siap berlari dan berguling-guling di lantai konon ingin menunjukkan dia sedang menghayati lagu putus cinta itu.

Image from @LelakiOnTheGo (Twitter)

Image via @LelakiOnTheGo (Twitter)



Video itu telah berjaya menarik perhatian warganet sehingga kini mendapat lebih 750k views, 30.5k retweets dan 29.5k likes di Twitter

Rata-rata warganet turut terhibur melihat aksi individu itu yang kelakar dan ternyata berbakat untuk memeriahkan lagi majlis kahwin pasangan pengantin baru tersebut.



Ada juga yang berpendapat mampu menghilangkan stres bila melihat video itu dan mereka juga berkata supaya jangan jemput ex-girlfriend atau ex-boyfriend datang ke majlis kahwin kalau tak nak mereka beremosi seperti individu itu.

Antara komen-komen menarik daripada netizen di Twitter:

Image from @LelakiOnTheGo (Twitter)

Image via @LelakiOnTheGo (Twitter)



Image from @LelakiOnTheGo (Twitter)

Image via @LelakiOnTheGo (Twitter)



Punyalah gempak sampai ada yang siap nak booking dia untuk wedding tu 😀

Kredit: Seismik

“DatangIah Tengok Keadaan Saya..” – Rayuan Datuk M. Daud Kilau Pada Semua Ekoran Kesihatan Makin Merosot

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker