Muhyiddin: Pemimpin parti PN puas hati penjelasan isu darurat

SHAH ALAM – Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyambut baik taklimat mengenai proklamasi darurat dalam mesyuarat yang diadakan secara dalam talian pada petang Ahad.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, taklimat itu disampaikan Menteri di Jabatan Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Menurutnya, mesyuarat selama lebih kurang dua jam itu berlangsung dalam suasana akrab dan muhibah.



“Pelbagai isu telah dibincangkan. Kesemua ahli mesyuarat berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan panjang lebar mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat, pengurusan pandemik Covid-19 serta pelan imunisasi vaksin yang akan bermula pada bulan Februari 2021.

Mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan PN disertai 12 presiden parti dan seorang timbalan presiden.

“Najib Beban” – Apa Pun, Annuar Musa Perlu Minta Maaf/Beri Penjelasan



“Majlis Presiden akan terus menjadi platform perbincangan tertinggi bagi kesemua parti politik dalam kerajaan PN demi memastikan kestabilan politik, kelancaran pentadbiran kerajaan, menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Katanya, mesyuarat yang dipengerusikan beliau dihadiri seramai 12 presiden parti iaitu dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas.

Turut serta adalah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), MCA, MIC, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), manakala Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diwakili Timbalan Presiden.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan darurat sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19.



Seri Paduka Baginda memberi perkenan pelaksanaan tempoh darurat itu sehingga 1 Ogos depan atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

PAS tuntut penjelasan dari Umno mengenai sokongan kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker