[VIDEO] Ibu Tabah Bersama 3 Anak Cari Makanan Dalam Tong Sampah..”Dia Tak Meminta Tapi Berusaha”-Netizen 😥😪

SIAPA yang tidak sedih dan hiba jika melihat seseorang berada di tempat pembuangan sampah untuk mencari barang terpakai yang boleh dijual demi sesuap nasi. Adegan seperti ini masih biasa kita lihat di Malaysia.

Namun amat jarang untuk melihat seorang ibu apatah lagi membawa anak menguis sampah-sarap di tempat pembuangan untuk mencari makanan atau barangan yang boleh dijual demi mengisi perut yang lapar.

Pemandangan seperti ini biasanya kita lihat berlaku di negara jiran tetapi tidak di Malaysia. Pun begitu bukan bererti keadaan ini tidak wujud.

Seorang pengguna Tik Tok, Nadya Zaira berkongsi klip video memaparkan seorang ibu membawa bukan seorang tetapi tiga orang anaknya yang masih kecil mungkin berusia antara empat hingga tujuh tahun ke tempat pembuangan sampah.

Melalui rakaman dari dalam kenderaan, wanita yang memakai baju berwarna merah dan berseluar tracksuit itu kelihatan menguis-guis sampah yang bertimbun seolah-olah mencari sesuatu.

Berhampiran dengann wanita itu kelihatan tiga orang anaknya sedang menunggu dengan patuh di tepi sebuah motosikal.

“Kesiannya ya Allah. Di saat aku rasa diri aku susah ada lagi orang yang lebih susah daripada aku. Tengok anak-anak dia. Sedihnya,” kedengaran Nadya Zaira berkata dengan dirinya sendiri dalam video tersebut.

Seorang lelaki yang menaiki kenderaan bersama Nadya Zaira kemudiannya keluar dan memberi wang kepada anak wanita tersebut. Kanak-kanak itu kemudiannya memberikan wang itu kepada wanita berkenaan.

Wanita itu yang melihat wang yang berada di tangan anaknya kemudiannya kelihatan tunduk ke tanah. Dia kelihatan sedih dan mungkin bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

“Nanti beli nasi ya,” pesan lelaki itu dan dijawab terima kasih oleh wanita berkenaan.

Rata rata Netizen terkesan dengan kejadian ini dan memberi komen positif terhadap usaha mereka berdua. Alhamdulillah.

Nadya Zaira turut menasihatkan pengikut Tik Toknya agar tidak menunding jari untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya membantu apa yang terdaya.

“Jangan tunding jari kepada mana-mana pihak. Kita ada, kita bantu. Ada cerita di sebalik Honda, jangan tangkap muat macam tu je dik. Setiap orang ada ujian berbeza,” kata Nadya Zaira.-SM

Sumber: TikTok Nadya Zaira

Leave a Reply