Wilayah Ekonomi Pantai Timur tarik pelaburan komited RM5.5 bilion

 

KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited bernilai RM5.5 bilion dan merealisasikan pelaburan berjumlah RM4.2 bilion di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) tahun lalu, ketika penularan Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat berkata, langkah kerajaan persekutuan melanjutkan insentif pelaburan selama dua tahun sehingga 31 Dis 2022 turut menjadi rangsangan utama dalam menarik pelaburan baru serta mengembalikan momentum ekonomi wilayah tersebut.

Katanya, pakej insentif ECER itu meliputi pengecualian cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan, potongan bagi pelaburan dalam sektor pertanian dan pengecualian duti setem untuk aktiviti dipromosikan.

“ECERDC akan memanfaatkan lanjutan insentif itu bagi mempergiatkan promosi ECER sebagai destinasi pelaburan dalam dua tahun akan datang bagi menarik lebih banyak pelaburan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Malah, ECERDC juga masih mengekalkan sasaran mencapai pelaburan swasta baru bernilai RM70 bilion menjelang 2025, sepertimana digariskan dalam Pelan Induk ECER 2.0 (EMP2.0), melainkan berlaku kemelesetan ekonomi global akibat pandemik Covid-19 yang berpanjangan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas mesyuarat Majlis ECERDC yang dipengerusikan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Mesyuarat secara maya dari beberapa lokasi itu turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad.

Akhirnya PH setuju Anwar calon PM mereka tapi bincang dengan Shafie dulu.

Baidzawi berkata, dalam jangka masa terdekat ini, sektor perniagaan tani dan pelancongan disasarkan sebagai tonggak utama yang mendorong pemulihan ekonomi di wilayah tersebut.

Ini akan disokong pembangunan modal insan bertumpukan kemahiran Industri 4.0 yang menjadi faktor utama membangunkan kemampuan serta meningkatkan daya tahan rakyat untuk menghadapi cabaran dalam era pasca-Covid-19.

Bagi perniagaan tani, katanya, antara projek yang dijangka menyumbang kepada jaminan keselamatan makanan negara ialah Pelan Transformasi Tok Bali yang bertujuan mewujudkan ekosistem kemandirian mampan untuk industri perikanan.

Tidak ketinggalan, katanya, projek Lembah Tenusu Jemaluang yang merupakan pembangunan bersepadu bagi mewujudkan aktiviti tenusu mampan meliputi aktiviti huluan dan hiliran serta dapat meningkatkan pengeluaran susu negara sebanyak 11%.

Beliau berkata, bagi industri pelancongan, fokus ECERDC bagi menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di pulau ECER yang terkenal di persada dunia dengan mengambil kira kemampuannya bagi melindungi warisan semula jadi negara.

“Antara yang akan dilaksanakan adalah penaiktarafan sistem tenaga solar hibrid di Pulau Kapas, Terengganu dan pembangunan Pulau Suri di Kelantan.”

PN akan tambah baik, Sosma masih “relevan” untuk dikuatkuasakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker