Penemuan Batu Nisan Ini Jadi Heboh Gara-Gara Berbentuk Alat Sulit

Batu nisan adalah penanda kubur yang biasanya dibuat daripada batu. Kebiasaannya, batu tersebut ditulis dengan nama orang yang dikebumikan, tarikh lahir dan tarikh kematian.

Batu nisan mempunyai pelbagai bentuk dan rupa bergantung kepada kebudayaan dan kefahaman.

Tidak semua perkuburan diletakkan batu penanda kerana ketika dahulu, sesetengah masyarakat meletakkan rumah, bangunan, kayu penanda ataupun pokok.

Difahamkan, penggunaan batu penanda juga mengikut kemewahan atau status seseorang.

Namun, satu penemuan batu nisan menggemparkan penduduk di Jorong Balai Tabuah, Kabupaten Tanah Datar di Sumatera Barat kerana batu nisan tersebut berbentuk seperti alat sulit lelaki.

Berita itu disahkan oleh pengkaji Pemuliharaan Warisan Budaya dari Pusat Pemuliharaan Warisan Budaya (BPCB), Ahmad Kusasi.

Penemuan batu nisan berbentuk alat sulit lelaki itu menjadi topik perbualan orang ramai.

Menurut ahli arkeologi, penemuan batu nisan berbentuk kemaluan bukanlah perkara baharu di Sumatera Barat.

Batu Nisan Alat Sulit Lelaki

 

Kebiasaannya, batu nisan berbentuk zakar diperbuat daripada batu berukir seperti yang terdapat di Sungai Tarab, Tanah Datar.

Pada tahun 2017, penduduk Tanah Datar menemui batu berbentuk sebegitu setinggi 1.5 meter di salah satu kawasan perkuburan.

 

Kata para pengkaji, batu berbentuk phallus itu merupakan nisan makam kuno dan kerap digunakan pada zaman Islam Kuno di Sumatera Barat.

“Batu nisan adalah simbol kejantanan atau kekuatan yang telah wujud sejak permulaan Zaman Batu. Pada awalnya, ia cuma berbentuk silinder biasa sebelum ukiran ditambah menjadi bentuk tertentu,” katanya.

Secara etnografi, konsep seperti itu bukan hanya terdapat di Indonesia malah di serata dunia.

Simbol kekuatan atau kejantanan itu sangat penting bagi masyarakat megalith (masyarakat yang menghasilkan bangunan atau bentuk-bentuk tertentu daripada batu-batu besar) kerana kepercayaan mereka yang berkonsepkan alam.

Walau bagaimanapun, budaya mengukir batu nisan seperti alat kelamin lelaki sudah lama dilupakan seiring dengan peredaran waktu kerana perspektif masyarakat sudah berbeza.

Sumber: CNN Indonesia

Perusahaan Batu Nisan, Cara Dekatkan Diri Dengan Allah – Mahathir

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker