Hakim Yang PH Pindahkan Untuk Kes Najib, Dikembalikan Semula Ke Mahkamah Sivil

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menjatuhkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes SRC International Sdn Bhd (SRC International) dipindahkan ke Mahkamah Sivil.

Arahan pemindahan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Jenayah 3) ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (NCvC 2) itu dikeluarkan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed dan berkuat kuasa 1 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan kepada anggota Majlis Peguam menerusi pekeliling dikeluarkan semalam.

Ketika dihubungi, peguam P G Cyril mengesahkan menerima pekeliling yang disampaikan Setiausaha Badan Peguam Malaysia, A G Kalidas.

Sebelum ini, Mohd Nazlan menyifatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International dihadapi bekas Perdana Menteri itu adalah kesalahan salah guna kedudukan, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang paling teruk.

Sementara itu, Mohd Nazlan masih perlu mendengar dan memutuskan beberapa kes berprofil tinggi sebelum pemindahannya pada 1 Mac ini antaranya kes lucut hak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS$340 juta ke atas PetroSaudi International Limited dan empat lain.

Selain itu, Mohd Nazlan turut menetapkan 3 Februari ini untuk keputusan kes membabitkan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang didakwa atas sembilan pertuduhan rasuah.

Pada 28 Julai tahun lalu, Mohd Nazlan memerintahkan Najib dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga tuduhan pecah amanah.

Beliau juga menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau tambahan lima tahun penjara jika gagal membayarnya kepada Ahli Parlimen Pekan itu bagi satu tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Hakim turut memerintahkan Najib dipenjara 12 tahun penjara dan denda RM210 juta (jika gagal bayar, tambahan lima tahun penjara) bagi tuduhan menyalahgunakan kedudukan.

Bagi tuduhan pengubahan wang haram pula, hakim memerintahkan Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan.

Walaupun hukuman penjara itu berjumlah 72 tahun, namun hakim bagaimanapun memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Ini bermakna Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Mohd Nazlan dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 10 April 2015 dan kemudian Hakim Mahkamah Tinggi pada 30 Januari 2017.

Related Articles

One Comment

  1. Lepas ni Najib dan umno tak boleh katakan tuduhan2 terhadap pemimpin2 Umno dan Dap adalah bersifat politik. Dan diharap bila didapati bersalah, tertuduh diwajibkan masuk penjara dulu selama beberapa bulan atau tahun sebelum dubenarkan membuat rayuan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker