Ditawarkan Secara Percuma, Penjual Di Shopee Ini Untung ‘Atas Angin’ Jual Buku Teks Digital KPM
Umum tahu, pada tahun ini kebanyakan pelajar khususnya mereka yang berada di sekolah rendah dan menengah sekali lagi akan melalui sistem pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran mengikut norma baharu ini secara tidak langsung memberi kelainan kepada para guru, pelajar serta pihak atasan.
Sebagai usaha untuk membantu para pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tampil dengan inisiatif menawarkan buku teks digital buat para pelajar. Lebih menarik, inisiatif buku teks digital ini ditawarkan secara percuma buat para pelajar.
Dalam pada itu, di sebalik kemudahan yang ditawarkan KPM, muncul pula penjual tidak bertanggungjawab di Shopee yang mengambil kesempatan dengan menjualnya secara cetak rompak pada harga RM1.50 sebuah.
Sehubungan dengan itu, para ibubapa dan juga pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan buku teks digital pada sumber yang sah secara percuma melalui versi PDF mahupun ePub.
Menerusi perkongsian pengguna Twitter iaitu Arief Hakim, beliau mencadangkan agar KPM meletakkan semua buku teks versi PDF dan ePub dalam satu page rasmi serta bebas daripada password bagi memudahkan orang ramai mengakses buku teks.
Selain itu, muncul juga netizen yang mencadangkan untuk membuat laporan di Shopee bagi mengelakkan isu melibatkan cetak rompak berlaku.TheVocket
You must be logged in to post a comment.