Dr Adham: Pusat Penilaian Covid-19 tentukan kelulusan rawat pesakit di rumah

Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang ditubuhkan di seluruh negara akan mengklasifikasi tahap pesakit untuk menentukan tindakan seterusnya dalam menguruskan mereka termasuk kelulusan rawatan di rumah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba secara amnya terdapat satu CAC di setiap satu daerah namun ada kemungkinan wujudnya dua atau lebih CAC bergantung kepada bilangan pesakit yang diuruskan di kawasan itu.

“CAC berperanan mengenal pasti pesakit yang sesuai untuk dipantau di rumah termasuk pesakit yang berkemungkinan menjadi lebih teruk dan petugas akan memantau dan menilainya menggunakan Home Assessment Tool (HAT),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.



Selain itu, Dr Adham berkata CAC juga akan mengenal pasti pesakit yang memerlukan rujukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau hospital iaitu pesakit kategori satu dan dua yang tidak sesuai untuk ditempatkan di rumah.

Setiap CAC, katanya, diketuai seorang penyelaras di peringkat daerah dan orang ramai yang mempunyai keperluan boleh menghubungi CAC melalui nombor telefon yang akan dinyatakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi pelbagai peringkat dan saluran akan memaklumkan langkah-langkah seterusnya yang mesti dipatuhi dan diamalkan oleh pesakit sepanjang tempoh rawatan di rumah,” kata Dr Adham.

Dr Adham memaklumkan sehingga kini sebanyak 213 CAC telah ditubuhkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu Sarawak memiliki 40 CAC, Pulau Pinang (30), Sabah (25), Selangor (19), Kelantan (14) dan 13 di Terengganu.



Selain itu, masing-masing 11 di Perlis, Kedah, Perak dan Pahang, Johor (10), Negeri Sembilan (7), masing-masing lima di Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala satu di Labuan.

– Bernama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker