Wakil rakyat gesa permudahkan urusan rentas daerah

Sebaran :

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Perak yang bermula 22 Januari lalu, seorang Adun DAP meminta pihak penguatkuasa untuk mempermudahkan urusan kebenaran merentas daerah.

Ini kerana menurut Adun Sungkai, A Sivanesan, dia menerima beberapa aduan berhubung permohonan kebenaran merentas daerah yang ditolak oleh pihak penguatkuasa.

“Saya menggesa pihak penguatkuasa untuk mempermudahkan urusan permohonan kebenaran merentas daerah di seluruh Perak.



“Ini akan menjimatkan masa mereka yang membuat permohonan. Kerana tidak perlu ulang-alik lebih sekali selepas ditolak atas sebab-sebab yang pelik,”

Sebagai contoh, Sivanesan berkata pada pagi ini dia terpaksa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan selepas permohonan merentas daerah seorang ibu tunggal yang berniaga (gerai makanan) di Bidor ditolak.

“Dia tinggal di Teluk Intan. Dan membuat gerai makanan di Bidor. Namun, permohonannya ditolak walaupun, sektor makanan dibenarkan beroperasi ketika PKP.


“Selepas saya berjumpa pihak polis permohonan untuk merentas daerah diluluskan.

“Ini hanya satu kes. Saya terima beberapa aduan seumpamanya,” katanya lagi.

Pada 19 Jan, Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata PKP diperluas ke seluruh negara, kecuali Sarawak, bermula 22 Januari.

Perintah itu kemudian diperluas ke seluruh Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan bermula 12.01 tengah malam ini hingga4 Februari.

PKP 2.0 telah pun bermula di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor dan Sabah mulai 13 Januari lalu.

Sementara itu, Sivanesan juga Naib Pengerusi DAP Perak berkata pihak penguatkuasa mungkin keliru dengan garis panduan yang tidak jelas daripada kerajaan persekutuan.

“Saya tidak dapat salahkan mereka. Kadang-kala garis panduan tidak jelas. Ditukar dua kali sehari.

“Maka, semua keliru termasuk pihak penguatkuasa.

“Saya minta pihak persekutuan supaya membuat garis panduan yang jelas dan tetap agar mudah diamalkan oleh semua pihak,” katanya.


Sebaran :

Leave a Reply