Tanpa pergantungan Parlimen, banyak masalah dapat diselesaikan

Ahli Parlimen Tanjung Karang Noh Omar mempersoalkan penggantungan Parlimen esok penguatkuasaan darurat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurut Noh, banyak perkara yang dapat dibangkitkan terutama di tengah-tengah penularan wabak Covid-19 jika sidang Parlimen diteruskan.

“Apa yang menghantui fikiran saya adalah mengapa Parlimen digantung? Apa kaitannya darurat dengan Parlimen yang digantung?

“Kalau Parlimen dibenarkan bersidang, saya yakin banyak masalah rakyat dapat disuarakan. Ahli Parlimen dapat beri input kepada kerajaan bagaimana untuk bantu rakyat memandangkan kesusahan rakyat di setiap tempat berebza.

“Dasar bantuan (rakyat menghadapi Covid-19) sepatutnya secara bottom-up dan setiap dasar kerajaan perlu ada semak dan imbang melalui sidang Parlimen,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dia menjadikan isu pembelajaran dalam talian sebagai contoh yang menurutnya perlu ditangani secara berbeza mengikut kawasan.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng turut mempersoalkan penggantungan Parlimen di saat cabang eksekutif dan kehakiman dalam kerajaan berjalan seperti biasa sepanjang darurat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin, sebelum 31 Januari. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga mengambil langkah serupa.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan pula dilaporkan menghantar surat kepada ahli Parlimen itu agar menyokong gesaan sidang Parlimen khas diadakan berhubung pengisytiharan darurat, tetapi sebahagian besarnya menolak cadangan itu.

Mengulas lanjut, Noh yang juga pengerusi Umno Selangor turut mempersoalkan tujuan sebenar darurat dikuatkuasakan.

“Pada fikiran saya darurat akan membolehkan kerajaan melaksanakan SOP PKP (seperti pertama kali tahun lalu). Malangnya tak ada beza antara PKP dan darurat kerana banyak sektor masih beroperasi seperti biasa.

“Hari ini diumumkan kedai makan dibenarkan beroperasi hingga jam sepuluh malam. Saya bertambah keliru dengan darurat yang diisytiharkan samada ‘darurat kesihatan atau darurat politik’,” katanya.

Related Articles

One Comment

  1. ‘usul tidak percaya atau hilang kepercayaan’ pada PM akan terus ditolak dengan kepatuhan 101% oleh speaker parlimen dari dapat bibentang & dibahas lebih2 lagi dalam keadaan terkini dimana PM telah hilang majoriti sokongan…ini bermakna PM terselamat & tidak perlu risau akan hilang jawatannnya itu

    mungkin kerisauan itu ialah Muhyiddin tidak sanggup mendengar kritikan2 & sindiran2(telah hilang majoriti, jawatan & sebagainya) dari ahli parlimen pembangkang & beberapa ahli parlimen dari kerajaaan sendiri sekiranya membenarkan parlimen bersidang selepas membuat proklamasi darurat…ini adalah perbuatan mementingkan diri sendiri, sebagai anak jantan & bukan pondan Muhyiddin tidak harus takut berdepan kritikan & sindiran

    jawatan Muhyiddin sebagai PM masih kekal kerana usul hilang kepercayaan itu tidak memberi kesan langsung…apa yang susah sangat Muhyiddin pergi berjumpa lagi atau telefon sahaja Agong minta parlimen dibolehkan bersidang?

    dalam keadaan negara berdepan pandemik covid 19 yang semakin mencabar ini, akan sentiasa ada isu2 baru yang perlu disuarakan, dibentang & dibahas dengan kadar segera oleh ahli2 parlimen(pembangkang & kerajaan)…menafikan hak ahli parlimen dari menyuarakan isu2 ini di parlimen bermakna menafikan juga hak bersuara rakyat yang terkesan teruk kehidupan mereka akibat pandemik covid 19

    bukan sesuatu yang nampak ‘simple’ bila menyebut perihal kehidupan rakyat ini kerana ianya melibatkan masalah yang pelbagai serta complex…saranan/cadangan dari ahli parlimen pembangkang harus kerajaan terima untuk dilaksanakan sekiranya kerajaan gagal memberi saranan/cadangan yang berkesan kerana ada masalah itu yang sedang ditangani kerajaan memerlukan penambahbaikkan & sebagainya

    apakah kerajaan akan ‘melayan’ ahli politik yang terpaksa menyuarakan masalah itu setakat dalam media? tidakkah di parlimen tempat paling sesuai? jangan biarkan rakyat menyuarakan masalah mereka di tepi jalan, mereka ada wakil rakyat & tempatnya di parlimen!

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker