Nabila bengang yuran sekolah kena bayar penuh


Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menyebabkan institusi pendidikan termasuk sekolah terpaksa ditutup sementara waktu dan pelajar perlu menjalani pembelajaran secara atas talian.

Bagaimanapun, pelakon Nabila Huda meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia sudah membayar yuran penuh untuk anaknya, Keisha Laila namun perlu menjalani pembelajaran secara online.

Menerusi Instagram miliknya, pelakon filem Munafik itu tidak bersetuju untuk membayar yuran secara penuh sedangkan fasiliti sekolah tidak digunakan.

Wanita berusia 36 tahun itu berharap pihak sekolah akan bertolak ansur untuk mengurangkan yuran pada sesi persekolahan tahun ini.



“Saya rasa online class tak berjalan untuk anak-anak kita. Saya bayar yuran penuh dan ia sangat tidak berbaloi. Saya ingatkan tahun ini sekolah boleh bertolak ansur dengan kurangkan yuran sebab kena belajar online lagi.

“Rupanya tahun ini pun mereka masih lagi mementingkan diri. Tak masuk akal langsung,” tulisnya.

Sementara itu, Nabila turut menyeru ibu bapa lain berhenti membayar yuran sekolah memandangkan tiada siapa membantu selesaikan masalah dari tahun lalu lagi, lebih-lebih lagi ramai yang berdepan masalah ekonomi susulan pandemik Covid-19.

“Kepada semua ibu bapa, dah sampai masa untuk kita berhenti bayar yuran sekolah kalau tiada siapa dapat bantu kita untuk selesaikan masalah yang dah spend duit daripada tahun lepas untuk anak-anak kita tapi online class.



“Kenapa kami nak kena bayar yuran penuh? Tak boleh ke sekolah bertolak ansur juga faham situasi kami macam kami faham situasi sekolah nak kena bayar gaji cikgu? Ini tidak adil untuk kami,” katanya.

Difahamkan, Keisha mengikuti persekolahan di sebuah sekolah swasta. MG

Jangan tiru aksi Nabila Huda: PU Syed



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker