Kerajaan Sarawak tanggung tunggakan PTPTN

KUCHING : Kerajaan Sarawak akan membantu pelajar Sarawak untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang tertunggak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi pembayaran PTPTN itu.

Beliau berkata, kerajaan Sarawak melalui Yayasan Sarawak sudah mengadakan rundingan dengan PTPTN untuk menentukan kaedah pembayaran balik tunggakan itu.



“Perbincangan antara Yayasan Sarawak dan PTPTN baru sahaja selesai dan sudah ada formula bagi kita membantu pelajar Sarawak menyelesaikan tunggakan dengan PTPTN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis ringkas penyerahan dua bas sumbangan Kerajaan Sarawak kepada Politeknik Mukah dan Politeknik Metro Betong di perkarangan Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini.

Kerajaan Sarawak membelanjakan hampir RM600,000 untuk membeli dua bas dengan kapasiti 25 penumpang setiap satu itu bagi kegunaan pelajar dan pelaksanaan aktiviti di kedua-dua politeknik terbabit.

LHDN ‘dibenar’ tuntut tunggakan cukai dari Najib



Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, pemberian insentif itu akan membantu pelajar menyelesaikan 30 peratus daripada baki hutang mereka dengan PTPTN yang membabitkan seramai 9,634 pelajar.

Mengenai bantuan lain kepada pelajar Sarawak, Abang Johari berkata, kerajaan GPS membantu kos tambang balik ke Sarawak ketika musim perayaan bagi pelajar yang menuntut di luar Sarawak.

“Kerajaan Sarawak juga mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas sekolah percuma kepada pelajar, khususnya di bandar raya Kuching untuk meringankan beban perbelanjaan ibu-bapa,” katanya.



Mengenai pendidikan pra-sekolah, beliau berkata taman didikan kanak-kanak (TADIKA) Sedidik yang sebelum ini di bawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) diambil alih oleh Kerajaan

Sarawak melalui Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

“Ia dilaksanakan bagi memastikan pendidikan pra-sekolah di Sarawak lebih tersusun dan berstruktur,” katanya.

Terpengaruh janji PH punca ramai tidak bayar pinjaman PTPTN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker