Covid-19 : 3339 kes baru hari ini dengan 7 kematian


Sebanyak 3,339 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,324 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.

Status Terkini #COVID19, 17 Januari 2021
Kes sembuh=2,676
Jumlah kes sembuh=120,051 kes
Kes baharu positif=3,339 kes (3,324 tempatan, 15 import)
Jumlah positif=158,434
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=601 kes
Kes dirawat di ICU=240 kes
Bantuan Alat Pernafasan=93 kes

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 10 kluster baharu dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster berkenaan dikesan di Selangor, Sabah, Johor, Pahang, Melaka, Kuala Lumpur dan Labuan

Sementara itu Selangor sekali lagi kekal menjadi negeri paling banyak mencatatkan kes baru iaitu 1,314 diikuti Sabah (393) dan Johor (362).

Pecahan lain mengikut negeri seperti berikut:

Kuala Lumpur: 334
Negeri Sembilan: 236
Pulau Pinang: 120
Kelantan: 114
Perak: 107
Kedah: 96
Sarawak: 62
Pahang: 61
Melaka: 60
Putrajaya: 23
Terengganu: 22
Labuan: 22
Perlis: 13

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker