Henti main politik, nasihat Azmin kepada Anwar

KOTA TINGGI: ‘Jangan main politik berpanjangan’.

Itu nasihat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan tindakan mendesak semua ahli Parlimen menghantar surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membatalkan Proklamasi Darurat.

Menurutnya, tindakan itu akan memberi kesan kepada rakyat di negara ini.

“Jangan mengheret dan menghukum rakyat kerana rakyat memerlukan bantuan dan sokongan daripada kerajaan sama ada dalam kalangan pesakit Covid-19 dan peniaga kecil seperti Mak Cik Kiah.

“Tujuan Proklamasi Darurat dilaksanakan adalah semata-mata bagi menangani masalah Covid-19. Oleh itu, seperti Ordinan yang diperkenankan Seri Paduka, perjalanan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri diteruskan.

“Sedangkan mengikut Perlembagaan, kita boleh mengambil tindakan untuk menghentikan perjalanan kerajaan negeri, tetapi ini tidak berlaku kerana mahu kerajaan meneruskan tanggungjawab mereka bagi membantu menyelamatkan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu Mohamed Azmin bersama Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Rashid Hasnon bergotong-royong membersihkan Balai Raya Kampung Tembioh yang merupakan sebahagian Program Misi Bantuan Banjir Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Misi 2021.

Kelmarin, Anwar mencadangkan semua ahli Parlimen menghantar surat kepada Seri Paduka bagi memohon perkenan membatalkan Proklamasi Darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin. – UTUSAN ONLINE

Takiyuddin Tegaskan Darurat Tiada Motif Politik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker