Najib tanya PN: Pakaian dalam mewah pun keperluan masa PKP ke?


Najib Razak hari ini secara sinis menyindir keputusan kerajaan yang memberikan kebenaran beroperasi kepada kedai yang dianggap bukan keperluan asas rakyat.

Melalui media sosial bekas perdana menteri itu berkata ada pihak yang bersungguh-sungguh mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membenarkan syarikat gergasi perabot Sweden, Ikea, serta kedai emas beroperasi ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) berlangsung.

“Macam-macam alasan diberi. Kedai perabot dibuka sebab mungkin ada keperluan ganti perabot yang musnah dalam banjir.

“Malah, kedai emas dibuka kerana ada setengah kedai emas yang juga beli emas dan ini perlu sebab mungkin ada mereka yang memerlukan cash (tunai) segera,” katanya.





Sebab itu, kata ahli parlimen Pekan itu lagi, dia tidak sabar untuk membaca apa alasan penyokong PN mengenai kebenaran beroperasi yang diberikan kerajaan kepada kedai pakaian dalam mewah terkenal Victoria’s Secret.

“Pakaian dalam mewah juga barangan keperluan masa PKP ke?” katanya.

Pada 11 Jan lalu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP ke atas beberapa negeri untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan sehingga 26 Jan sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung.



Jelas Muhyiddin, perintah itu melibatkan tiga peringkat pelaksanaan iaitu, PKP dikenakan ke atas lima buah negeri dan tiga wilayah persekutuan iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

PKP bersyarat (PKPB) pula dikenakan ke atas Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Manakala PKP Pemulihan (PKPP) pula akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh tersebut.

Bagaimanapun Kelantan dikenakan PKP mulai semalam.



Semalam, Najib mempersoalkan keputusan kerajan membenarkan perniagaan besar terus beroperasi tetapi pada masa sama peniaga kecil tidak dibenarkan berbuat demikian.

Najib berkata, kerajaan perlu adil kepada semua pihak, serta mempersoalkan apakah gedung perabot itu termasuk dalam perkhidmatan perlu (essential service). Mk

Najib persoal `kecenderungan’ Azmin terhadap pakaian dalam



Related Articles

3 Comments

  1. Wahai najib zaman kau berkuasa ada ke kau bela peniaga kecil yg di saman oleh pihak penbandaran,ada ke kau turun tanya dia org pasal lesen niaga ke apa ke,skrg kau dah tk ada kuasa baru kau bunyi pasal peniaga kecil,konon nk tlg rakyat,masa berkuasa tak bunyi pula nk tlg rakyat,kau sepatut duk diam2 jgn ganggu tugas kerajaan,kau,zahid,anuar ibrahim sama2 gila kuasa

  2. Kami rakyat marhin pakai seluar dalam RM1.20 sehelai jer – jual di pasar2 malam dan kadang2 tak pakai pun.

    Lain ler dgn orang2 politik yg “tiba2” jadi kaya raya yg pakai seluar dalam RM1, 200 sehelai – sebab tu ler mall dibuka utk entertain orang2 macam tu….

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker