PM perlu perjelaskan kenapa gantung Parlimen sahaja – Mohd Puad


Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan mengapa Parlimen digantung tetapi kuasa Eksekutif dan Kehakiman dikekalkan.

Persoalan ini perlu dijawab kerana bukankah sumber kuasa Eksekutif datangnya daripada Parlimen, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Hujahnya lagi, perbincangan dalam kalangan pakar Perlembagaan mengapa Perdana Menteri perlu menggantung Parlimen sedangan Perkara 150 (2B) menyatakan Parlimen boleh bersidang ketika Proklasi Darurat berkuatkuasa.

Malah, Parlimen boleh bersidang secara maya.

”Apakah Malaysia ini terlalu mundur untuk mengadakan sidang Parlimen “secara maya”. Sebab itu, ialah adalah darurat politik versi Muhyiddin,” soalnya yang turut mengemukakan perkara yang ditularkan bahawa Perkara 150(3) menyatakan “Proklamasi Darurat” dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Kini tular Muhyiddin dituduh memberi nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agong dan persoalan beliau, siapakah yang menjadi penasihat kepada Muhyiddin. MG

145 ketua bahagian UMNO tolak kerjasama dengan PPBM? Bukan rahsia lagi, kata Puad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker